Suara

Peristiwa
25/2/20
Isu

Hormati Mandat Rakyat Selangor

Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah memberi perkenan kepada saya, YB Amirudin Shari selaku Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Selangor, YB Gobind Singh Deo, Pengerusi DAP Selangor dan YB Ir Izham Hashim, Pengerusi AMANAH Selangor menghadap di Istana Bukit Kayangan Shah Alam pagi ini.

Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah berpuas hati dengan penjelasan bahawa kerajaan sedia ada ingin meneruskan komitmen bagi merealisasikan mandat rakyat Negeri Selangor pada Pilihanraya Umum 2018 yang lepas dan Tuanku memberi perkenan agar pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor berfungsi dan berjalan seperti biasa.

Terdahulu saya telah bermesyuarat dengan pengerusi parti-parti komponen kerajaan termasuk YB Dato’ Abdul Rashid Asari selaku Ketua Badan Pimpinan BERSATU Negeri Selangor bagi membincangkan hala tuju Selangor.

Setelah pertemuan tersebut, kami sepakat untuk terus berkerja bersama dan menjamin kestabilan Kerajaan Negeri Selangor.

Justeru pentadbiran ini berikrar untuk kekal menghormati mandat rakyat bagi melaksanakan agenda yang bermanfaat untuk negeri dan rakyat Selangor seluruhnya.

#SelangorMajuBersama


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.