Inisiatif

Peristiwa
20/10/25
Isu
Selangor

Himpunan Solidariti Palestin Sandakan

Semalam di Sandakan, saya menyertai Himpunan Solidariti Palestin Sandakan yang diadakan di Dataran Plaza Harbour Mall.

Program anjuran Persatuan Islam Seluruh Sabah (USIA) dengan kerjasama YADIM ini turut dihadiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan, serta Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud.

Saya turut berkesempatan mendengar perkongsian daripada aktivis Sumud Nusantara, termasuk saudari Zizi Kirana, yang berkongsi pengalaman beliau menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) baru-baru ini.

Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang menjayakan program ini atas semangat solidariti dan keprihatinan terhadap perjuangan rakyat Palestin.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.