Inisiatif

Peristiwa
23/9/22
Isu
Selangor
Banjir

Harian Metro: Selangor umum peruntukan khas persiapan bencana banjir minggu depan

Shah Alam: Kerajaan negeri akan mengumumkan peruntukan khas bagi menambah peralatan seperti bot, jentera dan petugas dalam persiapan menghadapi bencana banjir, minggu depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keutamaan ketika ini adalah bagi memastikan nyawa dan kebajikan rakyat Selangor dipelihara.

"Kita akan berikhtiar semampunya, semoga Allah SWT memberkati usaha kita. Insya Allah. Kerajaan negeri juga mengadakan latihan simulasi bencana banjir selama dua hari bermula minggu hadapan," kata menerusi satu hantaran di Facebook rasminya hari ini.

Amirudin dalam kenyataan sebelum ini menjelaskan, simulasi itu meliputi operasi mencari dan menyelamat mangsa banjir yang perlu ditambah baik.

Menurutnya, ini kerana misi itu lambat dilaksanakan semasa banjir besar yang melanda negeri tersebut, pada Disember tahun lalu.

Semalam, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor mengeluarkan makluman sudah mengenal pasti 52 kawasan 'hotspot' banjir selain 307 kawasan berisiko banjir di negeri ini.

Menerusi grafik kawasan berisiko banjir dan hotspot bagi persediaan air pasang besar dan Monsun Timur Laut dikeluarkan baru-baru ini, kawasan berisiko berkenaan ditentukan berdasarkan kekerapan kejadian bencana banjir sebelum ini.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.