Inisiatif

Peristiwa
12/10/21
Selangor
Bantuan
Pakej Kita Selangor 2.0

Harian Metro: RM80 juta bantu usahawan di Selangor

Kuala Selangor: Kerajaan Selangor memperuntukkan sejumlah RM80 juta untuk membantu usahawan di negeri ini bagi memulakan perniagaan susulan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail berkata, peruntukan itu akan membantu golongan terbabit memperluaskan perniagaan masing-masing.

"Ketika ini, seramai 8,000 usahawan sudah dibantu dengan 2,000 daripadanya adalah usahawan dari kaum India menerusi Program Pembangunan Usahawan India Selangor (Sitham).

"Inisiatif ini diperkenalkan sejak 2019. Namun, pelaksanaan PKP menyebabkan banyak usaha yang dijalankan terganggu," katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan geran peralatan Sitham Yayasan Hijrah Selangor di Kampung Bestari Jaya, di sini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang, Rozana Zainal Abidin.

Mengulas mengenai program itu, Rodziah berkata, penerima sumbangan ialah A Jeyakumar yang juga penternak di sebuah ladang ternakan lembu di Kampung Bestari Jaya.

"Dia mengusahakan ternakan lembu di tanah lapang yang disewa daripada Universiti Selangor (Unisel).

"Sebelum ini, dia ada memohon bantuan peralatan, jadi meluluskan mesin perah susu lembu bernilai RM8,500," katanya.

Pada masa sama, Rodziah berkata, Kerajaan Selangor juga meluluskan tambahan jumlah pinjaman maksimum kepada peserta Hijrah daripada RM50,000 kepada RM100,000.

"Sebanyak 100 peminjam yang berpotensi sahaja layak menerima pinjaman. Kita hanya mensasarkan mereka untuk dibantu dengan kos keseluruhan berjumlah RM10 juta," katanya.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.