Hari Wanita Sedunia
Hari Wanita Sedunia meraikan semangat keberanian, ketabahan, dan kecekalan wanita dalam mendidik serta membangun masyarakat unggul. Tahun ini kita mengangkat tema "Memartabat Wanita, Memperkukuh Negara”, satu mesej bahawa apabila kaum wanita diperkasakan, ianya menjadi kekuatan nasional.
Kerajaan Negeri Selangor komited menyokong usaha memperkasakan kaum wanita menerusi pelbagai sokongan dan inisiatif agar keadilan, kesaksamaan dan semangat progresif wujud dalam masyarakat kita.
Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia bagi kaum perempuan di Selangor dan seluruh Malaysia. Ayuh bersama kita menghargai ibu, kakak dan adik-adik perempuan kita.

No items found.



