Hari Krismas dan Tahun Baru
Disember lebih istimewa buat mereka yang menantikan sambutan Krismas pada 25 haribulan, manakala tarikh 31 pula menandakan lembaran baharu buat seluruh dunia. Di Selangor, kepelbagaian inilah yang menjadikan negeri ini kuat dan saling menghormati.
Krismas menjadi simbolik tentang kasih sayang dan memberi, sementara Tahun Baharu pula simbol azam dan harapan. Dua perayaan ini diraikan di lebih 160 negara, menyatukan insan tanpa mengira latar belakang.
Buat yang menyambut Krismas, moga perayaan dan kedatangan tahun baharu ini memberi sejuta erti dan makna dalam kehidupan. Mudahan pada 365 hari mendatang akan membawa kesihatan, rezeki dan semangat kebersamaan demi Selangor yang terus berjaya.

No items found.



