Hari Keputeraan sebenar Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.
Hari ini merupakan tarikh bersejarah bersempena Hari Keputeraan sebenar Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.
Dengan penuh takzim, patik mewakili seluruh rakyat, kepimpinan serta pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan sekalian merafak sembah setinggi-tinggi tahniah serta ucapan selamat sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-80 Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negeri Selangor Darul Ehsan serta jajahan takluknya.
Patik dan seluruh rakyat jelata amat bersyukur kepada Allah Subhanu wa Taa’la di atas kurniaan-Nya kami semua dinaungi kedaulatan Tuanku Sultan.
Patik serta sekalian rakyat memanjatkan doa ke Allah SWT agar Negeri Selangor Darul Ehsan terus aman sentosa, makmur sejahtera di bawah naungan DYMM Tuanku.
Semoga Allah SWT melanjutkan usia, melindungi serta merahmati DYMM Tuanku dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor serta dikurnia ‘aafiyah, sakinah dan mawaddah.
Daulat Tuanku




