Inisiatif

Peristiwa
3/1/26
Isu
Selangor
Negara

Hari Keluarga dan Rapat Reformis Kebangsaan 2026 di Bukit Beruntung

Petang tadi, saya turut hadir bersama para pimpinan dan Presiden KEADILAN, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Hari Keluarga dan Rapat Reformis Kebangsaan 2026 di Bukit Beruntung.

Dalam ucapan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengingatkan bahawa perjuangan reformasi mesti dilaksanakan secara waras, berprinsip dan berteraskan integriti, bukan demi jawatan atau kepentingan peribadi, tetapi untuk membina sistem yang lebih adil serta memastikan kuasa digunakan secara bertanggungjawab dan bijaksana.

Penekanan terhadap penolakan rasuah dan penyelewengan, serta keperluan menggembleng kekuatan akar umbi termasuk golongan veteran, amat penting bagi menjamin kesinambungan perjuangan dan hala tuju negara yang lebih kukuh.

YAB PMX turut merasmikan pensijilan logo halal Gula Rahmah yang ditawarkan pada harga RM2.70 sekilogram iaitu inisiatif di bawah kerangka Malaysia MADANI.

Semoga semangat reformasi berteraskan nilai, pengalaman dan kebijaksanaan ini terus diperkasakan demi masa depan negara yang lebih adil dan berintegriti.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.