Hari kedua di Barcelona
Hari kedua di Barcelona menyaksikan satu lagi detik penting apabila Global Sumud Flotilla 2.0 berlepas dari Barcelona, dan Alhamdulillah sesi flag off berlangsung dengan baik. Saya sempat meninjau sendiri perkembangan di lapangan, bertemu delegasi Malaysia, serta mengikuti penyelarasan akhir sebelum pergerakan dimulakan.
Kepada seluruh delegasi Malaysia, saya ucapkan tahniah dan penghargaan atas pengorbanan yang sedang dilakukan. Amanah ini besar, dan saya percaya doa seluruh rakyat Malaysia sentiasa mengiringi perjalanan saudara saudari.
Insya-Allah, kita akan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa bagi memastikan kelancaran dan keselamatan semua delegasi yang terlibat dalam misi ini.
No items found.



