Inisiatif

Peristiwa
22/11/25
Isu
Selangor
Negara

Guangxi TV Station

Usai penggulungan Belanjawan Negeri Selangor 2026 semalam, saya menerima kunjungan hormat daripada delegasi Guangxi TV Station, sebuah stesen penyiaran terkemuka dari Wilayah Guangxi, China. Guangxi merupakan sebuah wilayah yang dihuni lebih 50 juta penduduk serta terkenal dengan kepelbagaian etnik, khususnya komuniti Zhuang.

Kunjungan ini diadakan sempena penggambaran program New Folk Song Gala, edisi khas yang memilih Selangor sebagai lokasi utama tahun ini. Lebih membanggakan, lagu rakyat Malaysia “Ikan Kekek” turut dipilih sebagai salah satu persembahan, dan rakaman video tersebut dijalankan di kawasan seperti Shah Alam, Subang Jaya, Sepang, Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

Kerjasama ini turut dilaksanakan dengan bantuan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) serta Tourism Selangor, sekali gus menonjolkan komitmen Negeri Selangor dalam memelihara, memperkasa dan mempromosikan warisan budaya negeri.

Usaha ini bukan sahaja memperkenalkan seni dan identiti Selangor ke peringkat global, tetapi juga mengukuhkan hubungan budaya serta peluang kerjasama media antara Selangor dan Guangxi.

Selangor akan terus menyambut baik inisiatif yang merapatkan hubungan budaya dan memperluas jangkauan antarabangsa negeri.

#KitaSelangor

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.