Grand Finale Puteri Wangsa dan Kempas
Setibanya saya di Senai selepas mengetuai misi Kerajaan Negeri Selangor sempena Selangor International Business Summit @ ASEAN 2026 (SIBS@ASEAN 2026), saya terus bergegas ke Grand Finale Pakatan Harapan Kempas dan Puteri Wangsa.
Di hadapan para penyokong Pakatan Harapan, saya mengulangi tekad HARAPAN untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bergaji tinggi di Johor, khususnya buat anak-anak muda.
Johor memiliki potensi yang besar. Sudah tiba masanya kita membina lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti di negeri ini agar anak-anak muda tidak lagi terpaksa menyeberang Tambak Johor demi mencari rezeki. Rezeki yang baik seharusnya boleh dibina dan dinikmati di tanah air sendiri.
Buat keputusan yang tepat, Sabtu ini, AYUH! UNDI PAKATAN HARAPAN!













