Inisiatif

Peristiwa
30/7/26
Isu
Selangor
Negara

Grand Finale Kekal Harapan DUN Sikamat

Dari Labu semalam, saya terus bergegas ke Sikamat untuk bersama Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan, YAB Datuk Seri Utama Aminuddin Harun serta Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan, YB Loke Siew Fook dalam Grand Finale Kekal Harapan DUN Sikamat.

Dalam ucapan malam tadi, saya menyeru seluruh pengundi DUN Sikamat agar terus memberikan mandat kepada Pakatan Harapan. Di bawah kepimpinan “Tok Min”, Negeri Sembilan bukan sekadar menjanjikan perubahan, malah telah membuktikannya melalui rekod pencapaian yang nyata dalam tempoh yang singkat.

Barisan Nasional dalam manifestonya mensasarkan pelaburan berjumlah RM30 bilion dalam tempoh lima tahun. Namun hakikatnya, pentadbiran Pakatan Harapan di bawah Datuk Seri Utama Aminuddin Harun telah berjaya merekodkan RM31 bilion pelaburan dalam tempoh hanya dua tahun. Inilah bezanya antara janji dan bukti. Rakyat Negeri Sembilan berhak memilih kepimpinan yang telah terbukti mampu membawa kemajuan, mewujudkan peluang pekerjaan dan membina masa depan negeri yang lebih makmur.

Warga Sikamat, teruskan memberi sokongan kepada PH. Sabtu ini, undi Calon Nombor 3 Pakatan Harapan, Sdr. Nor Azman Mohamad. Undi Pakatan Harapan. Kekalkan Harapan, teruskan kemajuan Negeri Sembilan!

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.