Gong Xi Fa Cai! Xin Nian Kuai Le!
Tahun Kuda dalam aturan zodiak kalendar lunar Cina adalah simbol kekuatan, kepantasan, dan semangat yang tinggi.
Bagi Negeri Selangor, tahun ini kita akan terus berusaha untuk meningkatkan kemajuan dan kemakmuran negeri, bergerak lebih mantap dalam hal ekonomi, serta mencipta peluang pekerjaan berkualiti dan berikhtiar demi kesejahteraan rakyat.
Sempena sambutan Tahun Baharu Cina ini, saya berharap kita semua sebagai sebuah komuniti yang majmuk serta berbilang bangsa agar sentiasa berhemah dalam menghormati perbezaan dan meraikan keharmonian yang kita nikmati hari ini.
Selangor adalah rencam dan majmuk, inilah kekuatan negeri yang kita cintai ini. Kita saling memerlukan dan saling menguatkan.
Dalam kesibukan ‘makan besar’ malam ini sempena perayaan Tahun Baharu Cina, Kerajaan Negeri juga tidak lupa mengagihkan Baucar Jom Shopping sebagai bantuan kewangan agar golongan memerlukan turut sama merasai kemeriahan perayaan ini.
Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua yang menyambutnya di Selangor dan Malaysia.
Gong Xi Fa Cai! Xin Nian Kuai Le!




