Inisiatif

Peristiwa
20/3/26
Isu
Selangor
Negara

Gema takbir berkumandang

Gema takbir berkumandang, menandakan berakhirnya Ramadan penuh keberkatan dan hadirnya Syawal yang dinanti.

Dalam laungan takbir Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, kita raikan kemenangan setelah sebulan menahan diri, memperbaiki amal dan memperkukuh nilai kemanusiaan sesama kita.

Semoga Aidilfitri ini membawa seribu makna, mengikat kembali silaturrahim, menyemai kasih sayang dan memperkukuh perpaduan dalam masyarakat kita yang rencam.

Kepada anak-anak Selangor di perantauan, ingatan dan doa kami sentiasa bersama kalian. Walau jauh di mata, tetap dekat di hati.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.