Festival Sawah Padi Sekinchan 2025
Saya ke Sekinchan petang tadi untuk bersama-sama menjayakan Festival Sawah Padi Sekinchan 2025 yang berlangsung hari ini dan esok.
Banyak aktiviti menarik disediakan untuk orang ramai seperti Larian Sawah Padi, Festival Makanan, Pasar Palong, dan pengalaman menaiki trem mengelilingi sawah padi.
Menyokong aspirasi Rancangan Selangor Pertama (RS-1) dan Projek Sabak Bernam Development Area (SABDA) untuk memajukan kawasan luar bandar, memodenkan pertanian serta mengukuhkan agro-pelancongan, festival ini menjadikan Sekinchan bukan sekadar jelapang padi, tetapi destinasi agro-pelancongan berpotensi tinggi.
Insya-Allah, usaha ini menjadi langkah pertama untuk menjadikan Selangor terkenal di peringkat antarabangsa, membuka peluang kepada rakyat untuk memacu pembangunan luar bandar!
Jom pergi Festival Sawah Padi Sekinchan 2025!
Surprising Selangor, Selangor Kan Ada!







