Inisiatif

Peristiwa
8/3/26
Isu
Selangor
Negara

Festival Kesenian Islam: Alunan Mahabbah Ramadan & Wantogo Fiesta Raya 2026

Saya mengakhiri hari Sabtu semalam, dengan menghadiri Festival Kesenian Islam, Alunan Mahabbah dan Ramadan serta Wantogo Fiesta Raya 2026 di Laman Santai @ Ampang Point, yang berlangsung dari 6 hingga 10 Mac 2026.

Dalam ucapan saya semalam, saya berkongsi tentang keberkatan Ramadan sebagai bulan yang menyatukan masyarakat. Program seperti ini bukan sahaja menghimpunkan komuniti sekitar Ampang, Bukit Antarabangsa, Lembah Jaya dan Hulu Kelang, malah mencerminkan suasana ekonomi yang semakin baik serta keyakinan rakyat untuk kembali berbelanja dan menyokong peniaga tempatan.

Festival ini dimeriahkan dengan persembahan Hafiz Hamidun, Ippo Hafiz, Iffa Raziah dan Nabila Razali, selain pelbagai pengisian menarik seperti Program Nuzul Quran, persembahan buskers, booth jualan, aktiviti keluarga serta agihan bubur lambuk. Saya juga sempat melakukan walkabout untuk menyantuni para pengunjung dan peniaga.

Insya-Allah, semoga festival seperti ini terus menjadi ruang yang menghidupkan semangat Ramadan, mengeratkan silaturahim dan memberi manfaat kepada komuniti setempat.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.