Inisiatif

Peristiwa
27/12/25
Isu
Selangor
Negara
Gombak

Edaran Kalendar 2026 di Pasar Tani Taman Melawati

Pagi ini saya memulakan pengisian program dengan mengedarkan kalendar 2026 kepada warga Gombak di Pasar Tani Taman Melawati.

Kesempatan seperti ini sentiasa saya nantikan kerana memberi ruang untuk beramah mesra dengan para pengunjung serta peniaga, di samping mendengar secara langsung pandangan dan keperluan mereka. Sempat juga saya membeli beberapa bahan masakan seperti ikan patin dari Pahang, petai, daging lembu segar dan buah pisang untuk dibawa pulang buat keluarga.

Usai program, saya bersarapan di gerai Mail Mee Rebus Penang yang cukup dikenali di Taman Melawati dan sering menjadi tumpuan pengunjung. Jika berkesempatan, bolehlah singgah mencuba.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.