Inisiatif

COVID-19
3/4/20
Isu
Selangor
Bantuan

E-Learning melalui Selangortutor.com, inisiatif bawah Pakej Rangsangan Selangor Prihatin Fasa Kedua

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga Selangor,

Kerajaan Negeri Selangor amat prihatin dalam soal pendidikan rakyatnya. Pendidikan merupakanaspek penting dalam pembangunan modal insan di negeri Selangor yang sedang dipacu menujuSelangor Negeri Pintar 2025. Justeru, dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) yang berkuatkuasa sehingga 14 April ini untuk mengekang wabak Covid-19, Kerajaan Negeri Selangortidak mahu murid-murid di Selangor leka dan ketinggalan. Untuk itu, Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju mengeluarkan peruntukan di bawah Pakej Rangsangan Selangor Prihatin denganmenawarkan program pembelajaran PERCUMA secara ‘e-learning’ melalui laman sesawang Selangor Tutor.

Program ‘e-learning’ secara percuma ini boleh diakses oleh semua murid sekolah di Selangor. Program ini digunakan sebagai salah satu kaedah untuk memastikan momentum pengajaran dan pembelajaran(PdP) murid terus kekal sepanjang tempoh PKP dan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan.

Tempoh program pembelajaran secara ‘e-learning’ ini akan diaktifkan mulai 3 April 2020 sehingga31 Mei 2020. Murid-murid di Selangor boleh mendaftar dan terus menggunakan aplikasi ini melalui laman sesawang selangortutor.com.

Aplikasi ini boleh diakses dengan mudah menggunakanpelbagai peranti seperti komputer `desktop’, atau `notebook’, `tablet’, dan `smartphone’. Lebih daripada 130,000 soalan latih tubi telah tersedia di dalam aplikasi ini dan ianya mengikut ‘standard’ kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain daripada murid, ibubapa juga boleh mengakses program ini untuk memantau perkembangan pembelajaran anak-anak dari semasa ke semasa.

Inisiatif ini merupakan salah satu Pakej Rangsangan Selangor Prihatin (Fasa Kedua) yang dilancarkan Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Menteri Besar Selangor(Pemerbadanan) – MBI Selangor dan juga Yayasan Selangor sebagai agensi penyelaras program pada 1 April 2020.

Sehubungan itu, semua murid dan ibubapa di Selangor diseru untuk memanfaatkan inisiatif yangdisediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor ini dengan mengakses selangortutor.com.

#SelangorGempurCovid19

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.