Inisiatif

COVID-19
24/3/20
Isu
Selangor

DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj Bertitah

Saya telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj hari ini bagi memberi maklumat terkini situasi wabak Covid-19 serta langkah yang diambil Kerajaan Negeri bagi membantu rakyat yang terkesan.

DYMM Tuanku bertitah agar rakyat Negeri Selangor patuh dan tidak melanggar perintah berkenaan demi memastikan rantaian wabak Covid-19 ini dapat dihentikan.

Titah Baginda, kedegilan dan sifat pentingkan diri sendiri dalam situasi kritikal sekarang akan hanya menyusahkan pelbagai pihak khususnya yang berada di barisan hadapan (frontliners).

DYMM Tuanku turut mengesa individu-individu yang menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling di Kuala Lumpur pada akhir Februari lalu, yang masih berdegil, agar tampil untuk menjalani saringan.


Baginda khuatir sekiranya penularan wabak ini berlarutan dan jumlah kes jangkitan terus meningkat, ia akan menyebabkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dipanjangkan lagi.

Marilah bersama-sama kita mematuhi arahan pihak berkuasa agar usaha kita untuk mengalahkan wabak Covid-19 ini berjaya, InsyaAllah.

Menjunjung kasih titah Tuanku. #SelangorGempurCovid19
Foto : Selangor Royal Office

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.