Inisiatif

Peristiwa
1/6/26
Isu
Selangor
Negara

Dirgahayu Tuanku

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Bagi pihak pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dan seluruh rakyat Negeri Selangor kami mendoakan semoga Kebawah DYMM Tuanku serta Raja Permaisuri Agong sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan dan berada dalam limpah rahmat serta perlindungan Allah SWT.

Semoga Kebawah Duli Tuanku terus dikurniakan kebijaksanaan dan kekuatan untuk memayungi negara dengan penuh keadilan, hikmah dan kebijaksanaan demi kemakmuran Malaysia yang tercinta.

Daulat Tuanku

Dirgahayu Tuanku

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.