Inisiatif

Peristiwa
17/6/25
Isu
Selangor
Negara

Di International Paris Air Show (IPAS) 2025

Launch of Selangor Aero Park (SAP) at the International Paris Air Show (IPAS) 2025.

Posted by Amirudin Shari on Monday, June 16, 2025

Menyaksikan satu detik bersejarah di International Paris Air Show (IPAS) 2025, apabila MBI Selangor dan NAICO memperkukuh komitmen bersama dalam pembangunan tenaga kerja industri aeroangkasa melalui Selangor Aero Park (SAP) @ KLIA Aeropolis.

Visi kami untuk Selangor Aero Park meletakkan modal insan sebagai teras utama strategi pertumbuhan, dengan inisiatif yang tertumpu kepada latihan, penyelidikan, dan pembangunan kemahiran masa hadapan bagi memastikan kita membina tenaga kerja industri aeroangkasa yang kukuh, berdaya tahan, dan bersedia menghadapi masa depan. Dari cadangan penubuhan Aerospace Talent Centre hingga kerjasama nasional melalui MyAERO, inisiatif ini merupakan satu lagi langkah berani untuk menjadikan Selangor sebagai ibu kota aeroangkasa serantau. Selangor bukan sahaja melabur dalam infrastruktur, tetapi juga dalam bakat-bakat muda yang akan menerajui inovasi masa depan industri aeroangkasa di Malaysia.

Terletak di dalam KLIA Aeropolis, bandar lapangan terbang utama Malaysia seluas 100 kilometer persegi, SAP menawarkan potensi untuk pertumbuhan berkaitan penerbangan, logistik, dan pembangunan industri berteknologi tinggi. SAP direka bentuk untuk memberi keyakinan kepada pelabur melalui:

•  Ekosistem yang sentiasa bersedia & akses pasaran dengan kehadiran pemain global terkemuka seperti Airbus Helicopters, GE Aviation, dan Spirit AeroSystems

•  Penyelidikan bertaraf dunia & kerjasama industri-akademik

•  Kemudahan urusan pelaburan – proses yang dipermudah di peringkat persekutuan, negeri dan PBT

•  Pembangunan bakat melalui program latihan terancang

•  Logistik bersepadu & sambungan multimodal dengan akses terus berstatus bonded ke KLIA

Pembangunan ini diusahakan bersama oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), dengan aspirasi untuk menarik pelaburan bernilai tinggi dalam bidang MRO, pembuatan aeroangkasa, logistik dan teknologi penerbangan.

Kerajaan Negeri berharap ini menjadi permulaan kepada kerjasama yang berpanjangan dan produktif. SAP merupakan pemangkin perubahan. Selamat datang ke Selangor. Masa depan industri aeroangkasa bermula di sini.

#KitaSelangor

#IPAS2025

————————————————————

Witnessing a historic moment at the International Paris Air Show (IPAS) 2025, as MBI Selangor and NAICO strengthen their joint commitment towards developing the aerospace workforce through the Selangor Aero Park (SAP) @ KLIA Aeropolis.

Our vision for the Selangor Aero Park places human capital at the core of its growth strategy, with initiatives focused on training, research, and future skills development to ensure we build a strong, resilient, and future-ready aerospace workforce. From the proposed establishment of the Aerospace Talent Centre to national collaboration via MyAERO, this initiative marks another bold step towards positioning Selangor as the regional aerospace capital. Selangor is not only investing in infrastructure, but also in the young talents who will lead the future of aerospace innovation in Malaysia.

Located within KLIA Aeropolis, Malaysia’s flagship 100-square-kilometre airport city, SAP offers immense potential for aviation-linked growth, logistics, and high-tech industrial development. SAP is designed to instill investor confidence through:

•  A ready ecosystem and market access – with the presence of global players such as Airbus Helicopters, GE Aviation, and Spirit AeroSystems

•  World-class research and industry-academia collaboration

•  Investor-friendly facilitation – streamlined processes at the federal, state, and local authority levels

•  Talent development through structured training programmes

•  Integrated logistics and multimodal connectivity with bonded direct access to KLIA

This development is a joint effort between the Selangor State Government and Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), with the aspiration to attract high-value investments in MRO, aerospace manufacturing, logistics, and aviation technology.

The State Government hopes this will mark the beginning of long-lasting and productive collaboration. SAP is a catalyst for transformation.

Welcome to Selangor. The future of the aerospace industry begins here.

#KitaSelangor

#IPAS2025

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.