Dassault Aviation di Paris Air Show 2025
Berbesar hati dapat bertemu pihak pengurusan tertinggi Dassault Aviation di Paris Air Show 2025, bersama YB Tuan Anthony Loke, Menteri Pengangkutan Malaysia serta delegasi pelaburan dari Selangor. Perbincangan tertumpu kepada kecenderungan Dassault untuk mengembangkan operasi Penyelenggaraan, Pembaikan dan Baik Pulih (MRO) di Selangor, serta bentuk sokongan strategik yang boleh disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi merealisasikan hasrat tersebut.
Kami turut berpeluang meninjau pesawat ikonik Dassault iaitu Falcon 8X dan Falcon 10X yang menampilkan inovasi terkini dari segi reka bentuk, jarak penerbangan dan keselesaan bertaraf dunia.
Selangor terus memperkukuh kedudukannya sebagai hab aeroangkasa serantau menerusi pembangunan Selangor Aero Park @ KLIA Aeropolis, dan kami mengalu-alukan kerjasama strategik bersama peneraju global seperti Dassault bagi memacu kecemerlangan industri aeroangkasa di rantau ini.
————————————————
Honoured to meet with the leadership of Dassault Aviation at the Paris Air Show 2025, alongside YB Tuan Anthony Loke, Minister of Transport Malaysia, and the Selangor Invest delegation. Our discussion focused on Dassault’s interest in expanding its Maintenance, Repair & Overhaul (MRO) operations in Selangor, and the strategic support that can be provided by the Selangor State Government to facilitate this growth.
We also had the opportunity to tour Dassault’s flagship aircraft, the Falcon 8X and Falcon 10X which reflect the company’s cutting-edge innovation in design, range, and comfort.
As Selangor strengthens its position as a regional aerospace hub through the Selangor Aero Park @ KLIA Aeropolis, we look forward to meaningful collaborations with global industry leaders like Dassault to advance aerospace excellence in Southeast Asia.
.jpg)




.jpg)