Inisiatif

Ekonomi
3/12/20
Isu
Selangor
Belanjawan Selangor 2021

Dasar 100 Hari

Januari lepas, Kerajaan Negeri telah menguatkuasakan Dasar Kelulusan 100 Hari bagi proses kebenaran merancang dan urusan pembangunan tanah. Sebelum itu, tempoh 270 hari yang digunapakai menyebabkan pelabur terpaksa menunggu selama 6 hingga 9 bulan untuk mendapatkan kelulusan.

Sejak dasar ini diperkenalkan, permohonan projek telah diluluskan dengan nilai pembangunan mencecah RM216 juta. Hal ini merupakan satu perkembangan dan petanda yang sangat baik.

Dasar ini bakal diteruskan dan ditambah baik untuk merancakkan pembangunan serta pemulihan sektor ekonomi pasca COVID-19. Kita yakin bahawa pelabur gemar dengan dasar mesra pelabur yang diamalkan Kerajaan Negeri Selangor dan pada masa memberi kesan pembangunan sosioekonomi yang positif kepada rakyat.

#SelangorMajuBersama

__

YAB Dato' Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.