Inisiatif

Peristiwa
2/9/26
Isu
Selangor
Negara

Darul Ehsan Berselawat Sempena Hari Kebangsaan ke-69

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk bersama ribuan hadirin dalam majlis Darul Ehsan Berselawat sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69.

Majlis diserikan dengan kehadiran Habib Syekh bin Abdul Gadir bin Abdul Rahman Al Segaff yang mengalunkan Selawat Milad khusus buat seluruh rakyat Malaysia yang bersama-sama meraikan ulang tahun kemerdekaan negara pada 31 Ogos 2026.

Sejak mula diperkenalkan, Darul Ehsan Berselawat kini memasuki edisi kesembilan dan telah dianjurkan di seluruh negeri Selangor, menghimpunkan masyarakat dalam suasana penuh selawat, doa dan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Sempena Hari Kebangsaan ini, marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan penuh kesyukuran, menyemai kecintaan kepada tanah air serta terus memelihara keamanan dan keharmonian negara yang kita cintai.

Semoga Malaysia terus dilimpahi rahmat, keamanan dan kesejahteraan. Selamat Hari Kebangsaan Ke-69!

‍

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.