Darul Ehsan Berselawat Gombak
Alhamdulillah, bumi Gombak bergema dengan puji-pujian buat junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dalam program Darul Ehsan Berselawat yang julung kali diadakan di Taman Seri Gombak malam tadi.
Lebih 30 ribu hadirin membanjiri Taman Seri Gombak sambil menekuni sesi tausiah yang disampaikan oleh Ustaz Azian Man yang memberikan pengisian rohani yang bermanfaat buat semua.
Majlis diteruskan dengan lantunan selawat yang diketuai oleh Habib Ali Zainal Abidin Assegaf, diiringi Majelis Az-Zahir yang sungguh syahdu serta menyentuh hati dan nurani saya.
Semoga acara penutup tahun 2025 ini membawa keberkatan dan rahmat buat kita semua bukan sahaja di Gombak, malahan di seluruh Selangor.























No items found.



