Inisiatif

COVID-19
3/4/20
Isu
Selangor
Bantuan

Inisiatif ADN Dengkil, YD Adhif Syan Abdullah dan OpsDengkilCare

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selaku Menteri Besar Selangor, ingin saya kongsikan kandungan dari YB Adhif Syan Abdullah dan pasukan OpsDengkilCare atas usaha mereka membantu Rakyat yang terjejas akibat Covid-19.

Terima Kasih dan Tahniah kepada team OpsDengkilCare, moga pertolongan mereka dapat meringan beban mereka yang terjejas.

#SelangorGempurCovid19

Dipetik dari laman FB YB Adhif Syan Abdullah:

<OpsDengkilCare>

Alhamdulillah beberapa hari ini saya dan pasukan terus komited dalam menyalurkan bantuan kpd golongan sasar yg terputus bekalan makanan akibat Perintah Kawalan Pergerakan.

Setakat ini lebih 1000 set Kit Bantuan Dengkil Care telah kami serahkan kpd warga Dun Dengkil yg memohon dan layak menerima. Sy dan pasukan sedang menggerakkan bagi Fasa ke2.

Dalam beberapa hari ini juga saya dan pasukan telah menyantuni penduduk Pulau Meranti, Desa Putra, Kg limau manis, Desa pinggiran putra, Ampar tenang, Kg orang asli kolam air, Kg orang asli tampoi, Kg orang asli sg melot, Kg orang asli bakok dan warga Pekan dengkil.

Saya dan pasukan turut jua semalam menyantuni warga Apt. Ruvenna villa, Apt. Siantan, Rumah anak yatim jalan 6, Rosana apartment, Kg Sg merab, Pusat Kuarantin Selangor ILIM, Taman permata, Taman Warisan Bestari, Kota warisan, Rumah anak yatim kota warisan, Saujana KLIA, Balai Polis Dengkil, Roadblock Pekan Dengkil dan Sukarelawan Kg Dato Ahmad Razali.

Saya juga maklum masih ada yg perlu dibantu dan terputus bekalan makanan. Semoga segala usaha kita diberkati dan dipermudahkan. Terima kasih juga atas sokongan dan kata kata semangat buat para sukarelawan yg bertugas. Terus duduk dirumah dan patuh kpd arahan terkini dr Kerajaan.

#Dengkilcare
#DengkilKita
#KitaJagaKita


Seterusnya
SELANGOR MAJU BERSAMA
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.