Suara

COVID-19
5/5/20
Isu
Selangor

Terima Kasih Frontliners Atas Curahan Bakti semasa PKPD

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Para petugas barisan hadapan seperti ahli Tentera Darat Malaysia, RELA, PDRM dan sebagainya saban hari berdiri dan mengawal ketenteraman kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan, tidak kira masa dan keadaan cuaca.

Di bulan Ramadan yang penuh barakah ini, saya mengajak semua untuk memberi apa yang mampu kepada para petugas. Tidak perlu menderma atau memberi hadiah serta barangan, memberi kerjasama sepenuhnya ataupun mendoakan keselamatan mereka semua ini sudah cukup untuk memberi para petugas semangat dalam meneruskan tanggungjawab mereka.

Bersama kita tempuhi saat-saat sukar dan hormati para petugas barisan hadapan atau Frontline Heroes kita, kerana tanpa mereka kita mungkin dalam keadaan yang amat membahayakan.

Takziah buat keluarga Allahyarham Koperal Safwan Ismail yang terkorban ketika bertugas. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al Fatihah.

#SelangorGempurCovid19

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.