Calon Pakatan Harapan N42 Melalap, Datuk Jamawi Jaafar
Bersama-sama dengan calon Pakatan Harapan N42 Melalap, Datuk Jamawi Jaafar, di Tenom. Sempat menikmati hidangan special Tenom iaitu Mee Goreng Usus, sambil berbual santai tentang isu setempat dan keperluan warga Melalap.
Kami meneruskan agenda di Tamu Rabu Tenom, pasar mingguan yang menjadi nadi ekonomi dan sosial masyarakat setempat. Di sini para peniaga, petani dan pengusaha kecil berkumpul menjual hasil segar, kraftangan tradisi, makanan tempatan serta produk unik Tenom. Ia menjadi ruang yang menyatukan budaya, adat dan kehidupan seharian rakyat Tenom.
Saya dan Datuk Jamawi sempat beramah mesra dengan para peniaga, mendengar sendiri suara mereka yang mahukan lebih banyak peluang dan pembelaan.
Melalap perlukan wakil yang berani bersuara, bekerja keras dan memperjuangkan hak rakyat. Datuk Jamawi adalah pilihan yang tepat. Warga Melalap, Sabtu ini pangkah calon nombor 3. Pilih yang terbaik demi masa depan!












