Inisiatif

COVID-19
4/10/21
Isu
Selangor
STFC19

BH TV: Selangor teruskan saringan bersasar kesan COVID-19

KUALA SELANGOR: Pasukan Petugas Khas COVID-19 Selangor (STFC) akan meneruskan ujian saringan secara bersasar di negeri ini walaupun kadar vaksinasi kepada populasi dewasa negara kini menghampiri 90 peratus.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, langkah pengesanan wabak akan memfokuskan kawasan yang mencatatkan jumlah kes jangkitan tinggi.

"Pendekatan cari, uji, jejak, asing dan sokongan (FTTIS) perlu digerakkan di kawasan sasaran.

"Saya ingin mengingatkan, vaksinasi bukanlah 'silver bullet' dan kita tidak boleh mengharapkan ia semata-mata.

"Varian Delta ada bersama kita. Tidak tahu apa lagi varian yang akan tampil selepas ini," katanya, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata demikian pada sidang media selepas program Clean and Clear anjuran Team Selangor di Pantai Remis, Jeram, di sini.

Semalam, dilaporkan seramai 20,317,843 individu atau 86.8 peratus populasi dewasa lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19.

Susulan itu, kebenaran rentas negeri semakin hampir dibenarkan apabila negara hanya memerlukan 3.2 peratus saja lagi untuk mencecah angka 90 peratus.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pergerakan rentas negeri akan dibenarkan apabila 90 peratus daripada populasi dewasa di negara ini menerima vaksinasi lengkap, berdasarkan kepada data dan analisis Kementerian Kesihatan (KKM).

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.