Media

Peristiwa
29/11/20
Selangor
Bantuan

BH Online: MBI Selangor sumbang RM100,000 untuk dataran surau Mutiara Gombak

GOMBAK: Kerajaan Selangor mengagihkan RM100,000 bagi menampung sebahagian kos pembinaan dataran serba guna di Surau Al-Mukmin Mutiara Gombak di sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata peruntukan melalui Perbadanan Menteri Besar (MBI) itu sebagai memenuhi hasrat jawatankuasa surau bagi mewujudkan gelanggang sukan dan aktiviti kemasyarakatan di dataran tersebut.

"Sumbangan ini meliputi 45 peratus daripada jumlah sebenar diperlukan untuk tujuan berkenaan manakala selebihnya melalui derma dan sumbangan orang ramai.

"Kita berharap komuniti dan pihak lain juga dapat membantu merealisasikan hasrat ahli jawatankuasa surau untuk membina dataran itu," katanya selepas majlis penyerahan cek kepada surau berkenaan yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Norita Mohd Sidek.

Amirudin berkata, kerajaan negeri berazam sentiasa mengukuhkan surau dan masjid kerana institusi berkenaan menjadi pusat komuniti serta transformasi rakyat.

"Walaupun kita berdepan ancaman lebih besar dengan kemajuan teknologi namun hari ini masih mampu meneguhkan institusi berkaitan.

"Setiap kali jelajah ke daerah di Selangor, saya akan melawat surau dan masjid untuk memastikannya dibela sekali gus memberi kesan positif kepada masyarakat," katanya.

Dalam lawatan hari ini, Amirudin turut merasmikan kemudahan gelanggang serba guna yang dibangunkan dengan kos RM30,000 bagi kemudahan penduduk Taman Mutiara Gombak 2 di sini.

Wakil penduduk taman berkata, kemudahan awam terbabit amat dinantikan semua penghuni perumahan terbabit sebagai kemudahan riadah.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.