Media

Terkini
18/1/21
Isu
Selangor

BH Online: KSSB tubuh pasukan khas siasat kejadian tanah mendap

KUALA SELANGOR: Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat punca tanah mendap di Jalan PKPS, Kampung Bestari Jaya, pada 15 Januari lalu.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat KSSB, Suhaimi Khalidi, berkata pihaknya juga sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan bagi menyiasat punca kejadian.

Katanya, pihaknya sedang mengenal pasti kerosakan dan kerugian lain di tapak serta kawasan berhampiran.

"Keselamatan tetap menjadi keutamaan KSSB dan kami ingin meyakinkan orang awam bahawa keadaan di lokasi kejadian adalah terkawal.

"Malah, tidak terdapat risiko kesihatan dan alam persekitaran yang berkaitan dikenal pasti pada masa ini," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Suhaimi berkata, pihaknya mengesahkan berlaku mendapan tanah di lot bersebelahan yang menggelungsur masuk ke tapak operasi perlombongan di lokasi kejadian, pada jam 6.45 petang, 15 Januari lalu.

Katanya, berikutan kejadian itu, tapak operasi terbabit ditutup dan semua aktiviti pengoperasian serta penjualan dihentikan.

"Pasukan Tindakan Kecemasan KSSB sedang bekerjasama bersama bomba dan polis di tempat kejadian untuk memantau keadaan tapak operasi.

"Sehingga kini, tiada kehilangan nyawa dilaporkan," katanya.

Media melaporkan seramai 71 pekerja di dua kilang berasingan menempuh detik cemas apabila berlaku tanah mendap berhampiran kilang dan asrama pekerja, kelmarin.

Difahamkan, dalam kejadian itu, 58 pekerja kilang menternak ulat untuk makanan ayam dan 13 pekerja mengorek tanah liat yang menetap di rumah kongsi berkenaan, selamat.


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.