Bertemu Al-Allamah Syeikh Ali Juma'ah di Kaherah
Syukur Alhamdulillah, di malam 21 Ramadan yang berkah, saya dan Masdiana serta anakanda Amirul Haziq telah diterima sebagai tetamu di kediaman al-Allamah Syeikh Ali Juma'ah di Kaherah.
Kunjungan pada malam 21 Ramadhan ini cukup bermakna bagi kami. Al Allamah Syeikh Ali sudi menerima kunjungan kami dan telah ditakdirkan bertemu di bulan Ramadan yang mulia.
Pelbagai perkara telah kami bincangkan bersama. Al-Allamah Syeikh Ali turut memberi nasihat yang cukup menginsafkan dan memberi kesan kepada saya dalam kehidupan seharian.
Antara pesan utama Syeikh Ali Juma’ah ialah penekanan tentang kepentingan bacaan Dalailul Khairat yang menjadi sebahagian daripada wirid penting dalam bacaan harian umat Islam. Melalui pembacaan yang berterusan, kitab Dalailul Khairat ini banyak memberi faedah kepada umat sejagat serta membuktikan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW. Segala nasihat dan pesan Al-Allamah Syeikh Ali akan saya semat sebagai bekalan dalam meneruskan permusafiran kami ini Insya-Allah.
Saya turut mengambil ruang pertemuan ini untuk menjemput Al Allamah Syeikh Ali untuk hadir ke Festival Turath Islami Selangor pada September ini. Alhamdulillah, Syeikh Ali Juma’ah setuju untuk hadir.
Kami mendoakan agar al-Aamah Syeikh Ali Juma'ah dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, terus diberi kekuatan untuk terus menabur bakti dalam kepada masyarakat Islam di seluruh dunia. Semoga ukhuwah dan silaturrahim ini terus diberkati dah dirahmati Allah SWT.







