Inisiatif

Peristiwa
6/1/26
Isu
Selangor
Negara

Bersama sembilan (9) Pegawai Daerah Negeri Selangor.

Memulakan tahun baharu 2026 dengan sesi santai pagi bersama sembilan (9) Pegawai Daerah Negeri Selangor.

Dalam kesempatan yang sama saya rakamkan ucapan tahniah atas kerja keras baris hadapan Kerajaan Negeri di Pejabat-pejabat Daerah yang berjaya mencatatkan rekod hasil melebihi RM3 billion pertama kali dalam sejarah pencapaian Kerajaan Negeri Selangor.

Saya mendengar secara terus input dari setiap Pegawai Daerah berhubung isu dan perkembangan setiap daerah, dan beberapa pandangan yang saya terima akan diketengahkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang pertama tahun ini kelak. Saya turut memberikan beberapa pandangan yang boleh dipertimbang sebagai "quick win solution" ke atas beberapa isu setempat yang diketengahkan.

Fokus utama Kerajaan Negeri melalui pelaksanaan program-program utama , penanganan bencana, serta hal ehwal kedaerahan kekal diberi penumpuan utama demi maslahah rakyat secara keseluruhannya.

Walhasil saya menumpukan tiga (3) perkara utama untuk diberi tumpuan secara spesifik dan segera di kesemua daerah iaitu menyegera dan memuktamadkan isu

sampah haram; isu pencerobohan tanah; dan isu pemilikan tanah serta hakmilik strata.

Saya optimis baris hadapan Negeri Selangor ini boleh bergerak dengan lebih tangkas dengan nilai Kesepaduan serta berdaya Adaptif melalui gagasan #KITASelangor yang menjadi nadi gerak kerja Kerajaan Negeri.

Salut buat semua, terus berbakti untuk Selangor tercinta.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.