Inisiatif

Terkini
14/10/20
Isu
Selangor

Bersama Melangkah Menuju Selangor Hijau 2020

Bagi menjadi negeri termaju Malaysia, Selangor perlu sentiasa diposisikan di petak pertama untuk merintis arah kemajuan negara. Perkembangan global yang menitikberatkan keseimbangan teknologi dan alam sekitar wajar menjadi sebahagian daripada agenda besar Kerajaan Negeri.

Antara langkah permulaannya adalah peruntukan RM500,000 untuk usaha pemuliharaan sungai dan RM500,000 bagi penanaman 5,000 pokok di seluruh Selangor. Visi Negeri Hijau ini diperluaskan lagi dengan peruntukan RM600,000 untuk mewujudkan pusat-pusat kitar semula dan RM40 juta untuk projek Taman Rakyat Selangor.

Menyedari manfaat besar dalam pelaburan insan, penggerakan komuniti alam sekitar akan diperkasakan dengan program sukarelawan iaitu Friends of River. Kini Kerajaan Negeri sedang rancak menjadikan tabiat ‘menghijaukan’ negeri dan menangani krisis iklim, saya mengajak warga Selangor sekalian agar dapat menyertai kami dalam usaha ini.

#SelangorMajuBersama

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.