Inisiatif

Peristiwa
1/2/26
Isu
Selangor
Negara

Bersama kariah di Surau Al-Azim, Taman Keramat.

Malam ini saya bersama kariah di Surau Al-Azim, Taman Keramat. Saya turut menunaikan solat Maghrib dan Isyak di sini dan berkesempatan merasmikan Tabung Dana Lestari Surau Al-Azim Taman Keramat 2026 sebagai usaha memperkukuh pengimarahan dan kelangsungan pengurusan surau.

Alhamdulillah, saya menyumbangkan sebahagian daripada gaji saya sebagai Ahli Parlimen Gombak kepada tabung ini. Insya-Allah, tabung ini dapat digerakkan dengan baik dan disokong bersama oleh kariah serta para penyumbang demi manfaat berterusan.

Kuliah Maghrib yang bertajuk ‘Ramadan Datang Lagi, Apa Maknanya Untuk Kita, Apa Persediaan Kita?’ oleh Dato’ Dr. Haji Badli Shah bin Alauddin. Beliau turut mengingatkan jemaah dengan pesan yang cukup sederhana tetapi mendalam, “ingat, tingkatkan ibadah, kurangkan juadah”.

Semoga kita semua diberi kekuatan untuk istiqamah, dan menyambut Ramadan dengan lebih tertib dan bermakna.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.