Bersahur bersama anak-anak perantauan Selangor
Semasa di Mesir tempoh hari, saya berkesempatan bersahur bersama anak-anak perantauan Selangor. Kami sahur bersama seawal jam 3.00pagi di Bangunan Asrama MARA Iskandariah.
Usai di Iskandariah, saya teruskan program bersama anak-anak perantau di Kaherah dengan penganjuran program berbuka puasa oleh Pejabat Atase Pendidikan Selangor. Dalam program yang ringkas dan santai ini saya sempat memberi nasihat dan panduan kepada anak-anak perantau agar sentiasa berjaga-jaga dan berwaspada dengan keadaan semasa agar mereka dapat mengelakkan diri dari zon konflik dan kekal bertenang di negara Mesir. Mereka juga dinasihatkan sentiasa mengambil maklum perkembangan terkini dari Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dari semasa ke semasa.
Walau jauh di perantauan, anak-anak Selangor masih dapat merasakan kegembiraan berkumpul bersama-sama. Saya turut terkesan dengan program sebegini kerana ini merupakan kali pertama saya meraikan Ramadan di bumi Mesir ini.
Saya mendoakan agar anak-anak kita ini dilindungi Allah SWT serta terus kuat bermujahadah dalam menuntut ilmu.



