Inisiatif

Peristiwa
9/4/21
Selangor

Berita Harian: SIBS 2021 dianjurkan secara hibrid

Berita terbit di bharian.com.my pada 8 April 2021.

KUALA LUMPUR: Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2021 akan diadakan secara hibrid buat julung kali tahun ini, berbanding secara maya sepenuhnya tahun lalu.

Exco Selangor, Datuk Teng Chang Khim, berkata penganjuran SIBS 2021 yang memasuki tahun kelima akan menjadi peluang untuk mengukuhkan kedudukan Selangor sebagai destinasi pelaburan pilihan dan kompetitif di Asia.

Katanya, ia juga menawarkan jalan untuk menunjukkan daya tahan, ketangkasan dan tekad kerajaan negeri untuk berjaya dan maju walaupun menghadapi cabaran ditimbulkan oleh COVID-19.

"SIBS 2021 dianjurkan bermula dari 7 hingga 10 Oktober 2021 dan akan diadakan secara maya di Portal Pusat Perniagaan Selangor dan juga secara fizikal di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

"Usaha promosi seperti SIBS 2021 ini, akan memberikan keyakinan bukan hanya kepada peserta dan pempamer, tetapi juga kepada pengunjung perdagangan yang datang dari rantau ini, untuk berhubung, bekerjasama dan menjalankan perniagaan di Selangor," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pra pelancaran SIBS 2021 di sini, hari ini.


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.