Suara

COVID-19
3/6/21
Isu
Selangor
Bantuan

Berita Harian: Selangor umum Pakej Kita Selangor terbaharu minggu hadapan

SHAH ALAM: Kerajaan negeri dijangka akan mengumumkan Pakej Kita Selangor terbaharu awal minggu hadapan susulan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh yang dilaksanakan sehingga 14 Jun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata pihaknya kini dalam perbincangan mengenai pakej bantuan berkenaan.

"Insya-Allah saya akan mengumumkan Pakej Kita Selangor minggu hadapan, saya tengah siapkan.

"Perkara ini juga kita sudah bincangkan dalam mesyuarat bersama Exco kerajaan negeri (Pengerusi Jawatankuasa Tetap) sebentar tadi," katanya ringkas pada sidang media di Bangunan SUK Selangor hari ini.

Beliau berkata sedemikian ketika ditanya mengenai adakah Selangor akan menyediakan pakej bantuan kepada rakyat yang terjejas susulan pelaksanaan PKP penuh.

Pada tahun lalu, kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM400 juta untuk dua Pakej Rangsangan Selangor Prihatin iaitu RM127.78 yang diumumkan pada Mac dan RM272.5 juta pada April.

Kerajaan Selangor kemudian mengumumkan Pakej Kita Selangor pada Januari lalu dengan peruntukan RM73.877 juta.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.