Inisiatif

Peristiwa
8/7/21
Selangor
Bantuan

Berita Harian: Selangor beri RM10,000 kepada atlet negeri itu ke Olimpik

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor akan memberi sumbangan wang tunai RM10,000 kepada empat atlet negeri itu yang akan bersaing pada temasya Sukan Olimpik Tokyo, bermula 23 Julai ini.

EXCO Sukan, Mohd Khairuddin Othman berkata peruntukan RM10,000 setiap seorang itu diberi kepada Phee Jing En (renang), Lee Hup Wei (lompat tinggi), Gavin Kyle Green (golf) dan Farah Ann Abdul Hadi (gimnastik artistik) sebagai perbelanjaan mereka di sana.

"Apabila mereka berjaya membawa balik pingat, kita akan bentang dalam mesyuarat EXCO kemudian apa (ganjaran) yang sesuai untuk diberikan atas kejayaan mereka," katanya selepas perjumpaan secara dalam talian bersama Phee, Lee dan Farah Ann, hari ini.

Dalam pertemuan itu juga, Lee berkata buat masa kini beliau sudah bersedia untuk ke Tokyo walaupun masih dalam proses pulih daripada kecederaan buku lali di Kejohanan Olahraga Qosanov Memorial di Almaty, Kazakhstan, bulan lalu.

- BERNAMA

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.