Inisiatif

Peristiwa
23/9/22
Isu
Selangor
Banjir

Berita Harian: Selangor adakan latihan simulasi banjir

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan mengadakan latihan simulasi bencana banjir selama dua hari bermula minggu hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Menerusi hantaran Facebook Amirudin berkata beliau juga akan mengumumkan peruntukan khas bagi menambah peralatan seperti bot, jentera dan petugas dalam persiapan menghadapi bencana itu.

"Keutamaan Kerajaan Negeri ketika ini adalah bagi memastikan nyawa dan kebajikan rakyat Selangor dipelihara. Kita akan berikhtiar semampunya, semoga Allah SWT memberkati usaha kita. Insya-Allah," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Amirudin memaklumkan kerajaan Selangor akan mengadakan simulasi persediaan pada September ini bagi menghadapi risiko banjir dengan penumpuan kepada penambahbaikan operasi mencari dan menyelamat. – BERNAMA


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.