Suara

Peristiwa
27/1/21
Isu
Selangor
Bantuan

Berita Harian: Kerajaan Selangor sumbang RM1 juta bantu mangsa banjir di Pahang

Berita terbit di bharian.com.my pada 26 Januari 2021.

KUANTAN: Kerajaan Pahang berterima kasih di atas keprihatinan Kerajaan Selangor yang menyumbang RM1 juta kepada mangsa banjir di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata sumbangan itu diharap meringankan beban penduduk Pahang yang terkesan dengan bencana banjir, baru-baru ini.

"Syukur alhamdulillah, saya ucapkan terima kasih atas ingatan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Kerajaan Selangor menyumbang RM1 juta kepada Pahang.

"Ini sebagai perbelanjaan bagi meringankan beban penduduk negeri ini yang terkesan dengan bencana banjir baru-baru ini.

"Walaupun hanya dapat bersemuka secara dalam talian demi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun ia amat bermakna," katanya menerusi hantaran di Facebooknya, hari ini.

Dalam kejadian banjir di Pahang baru-baru ini, kira-kira 26,000 mangsa banjir daripada 7,000 keluarga di Pahang ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) di 10 daerah.

Hanya Cameron Highlands tidak mengalami banjir, manakala daerah Maran, Raub, Lipis, Temerloh dan Jerantut antara daerah terjejas teruk kerana ada penduduk kehilangan rumah selepas dihanyutkan air.


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.