Suara

Peristiwa
26/3/21
Selangor

Berita Harian: Gloria Jean's Coffees sasar buka 16 kafe baharu

Berita terbit di bharian.com.my pada 24 Mac 2021.

SHAH ALAM: Gloria Jean's Coffees (GJC) Malaysia menyasarkan untuk membuka 16 kafe baharu pada tahun ini, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 75 kafe menjelang 2027 berbanding 44 kafe setakat ini.

Sehubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Nasional Bhd (PNS) Mohd Hilaluddin Abd Shukor berkata, PNS selaku pemegang francais itu, kini menggalakkan orang ramai untuk menyertai GJC sebagai francaisi bagi jenama berkenaan.


"PNS memainkan peranan membantu dengan memberi pinjaman sebanyak 70 hingga 75 peratus daripada modal pembukaan kafe terbabit.

"Secara kasarnya, pinjaman tertakluk kepada keluasan kafe dengan (jumlahnya) sekitar RM500,000 hingga ke RM750,000," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian GJC oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), di sini pada Rabu.

Menurut Mohd Hilaluddin, GJC juga setakat ini telah berjaya melahirkan lebih daripada 40 rakan francais menerusi pembukaan outlet berkenaan di seluruh negara serta menyalurkan bantuan pinjaman lebih RM11 juta kepada usahawan terbabit.

Malah, katanya, meskipun negara berdepan pandemik COVID-19, bilangan usahawan yang berminat untuk membuka kafe GJC juga terus meningkat.

"Ini bermakna bantuan modal perniagaan melalui skim pembiayaan ditawarkan oleh PNS terbukti dapat merancakkan lagi perkembangan industri francais dengan membuka peluang bagi menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan," katanya.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.