Media

COVID-19
8/12/20
Isu
Selangor
Negara

Berita Harian: 2 lagi kluster baharu di Lembah Klang

Berita terbit di bharian.com.my pada 7 Disember 2020

PUTRAJAYA: Hanya dua kluster baharu dikesan hari ini membabitkan beberapa daerah di Lembah Klang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata kluster pertama dikesan di Kuala Selangor yang dinamakan sebagai Kluster Malawati.

Katanya, kluster berkenaan dikesan hasil saringan individu bergejala dan sehingga kini sudah menjangkiti 14 individu.

"Bagi kluster kedua ia dikesan di daerah Lembah Pantai, Titiwangsa dan Klang yang dikenali sebagai Kluster Tapak Bina Awan Lembah.

"Dua kes indeks dalam kluster ini dikesan positif sejak Jumaat lalu, hasil saringan individu bergejala dan saringan kendiri.

"Kedua-dua kes ini adalah pekerja di sebuah tapak pembinaan di Titiwangsa, sehingga kini seramai 35 individu disahkan positif COVID-19 dalam kluster ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.