Inisiatif

COVID-19
14/7/21
Isu
Selangor

Berita Harian: CAC Selangor akan tambah baik

PUTRAJAYA: Pengurusan Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di Selangor akan dinilai dan tambah baik khususnya berkaitan proses pendaftaran pesakit, bekalan tangki oksigen dan penambahan bilangan petugas kesihatan.

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha'ari Ngadiman, pihak KKM sedang menganggarkan berapa jumlah kakitangan yang akan ditambah dan dimobilasi ke CAC di seluruh Selangor.

"Kita sudah mengecilkan pengoperasian di beberapa pusat kesihatan termasuk kes rawatan kes kronik sehingga 25 peratus malah kita membuka CAC pada setiap hari serta memobilasi petugas kesihatan.

"Kita juga menambah kelengkapan seperti khemah dan kerusi untuk memudahkan pesakit yang hadir malah kita turut mendapat bantuan daripada badan bukan kerajaan (NGO) yang sama membantu menguruskan makanan serta kebajikan pesakit.

"Malah, kita juga memastikan pusat penilaian ini dilengkapi dengan oksigen yang mencukupi dan pesakit mendapatkan bantuan oksigen sebelum dirujuk ke hospital," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Beliau berkata, CAC swasta juga sedang dipertimbangkan untuk dibuka di negeri Selangor.


Dr Sha'ari berkata, mengenai CAC Dewan Taman Sri Andalas, Klang yang menjadi tular semalam, ia adalah berpunca kehadiran pesakit yang melebihi had yang mampu ditampung oleh pusat itu.

"CAC ini juga akan dinilai dalam tempoh dua minggu ini. Pusat penilaian ini baru beroperasi menggantikan CAC Taman Botanik dengan keluasan yang lebih besar dan mampu menampung sehingga 1,000 orang.

"Namun, mereka yang datang semalam melebihi 1,900 orang sehingga menimbulkan kegusaran orang awam sekitar. Pihak kesihatan daerah sudah berbincang dengan Pegawai Daerah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta pihak berkuasa tempatan malah sudah menambah pembaikan termasuk menjaga lalu lintas.

"Kita akan nilai dalam tempoh dua minggu ini sama ada ia perlu dipindahkan," katanya.


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.