Inisiatif

Ekonomi
23/11/21
Isu
Selangor
Belanjawan Selangor 2022

BELANJAWAN 2022; SOROTAN PERBELANJAAN KERAJAAN NEGERI TAHUN 2021 DEMI RAKYAT SELANGOR

Iklim ekonomi sangat mencabar pada tahun ini dan Selangor memerlukan pakej rangsangan untuk menangkis kesan-kesan pandemik COVID-19. Selain Belanjawan Selangor 2021 yang bernilai RM2.323 bilion, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM75.877 juta untuk Pakej Kita Selangor dan RM551.56 juta untuk Pakej Kita Selangor 2.0 tahun ini.

Di sebalik krisis kesihatan global yang mencengkam aktiviti perdagangan ekonomi, Belanjawan Selangor 2021 berjaya menyeimbangkan keperluan 3 perkara utama iaitu Rakyat, Komuniti Perniagaan dan Pembangunan Ekonomi Negeri. Menerusi 5 strategi utama yang dikepalai oleh agenda digitalisasi, Kerajaan Negeri telah meminimakan kesan teruk pandemik COVID-19 yang terbukti dengan kutipan hasil mencecah RM2 bilion setakat ini.

Pakej Kita Selangor dan Pakej Kita Selangor 2.0 yang selain bertujuan untuk menampan dampak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), juga telah memperkenalkan Program Vaksin Selangor (SelVAX) dalam meningkatkan kadar vaksinasi COVID-19 warga Selangor. Strategi ini bukan sahaja mengurangkan beban hospital, malah meningkatkan aktiviti ekonomi serta keyakinan pelabur.

Keberkesanan refleksi ekonomi yang ditonjolkan sepanjang tahun ini merupakan bayangan kestabilan dan kecekalan Kerajaan Negeri untuk berkhidmat demi rakyat Selangor. Dalam memacu strategi pemulihan ekonomi seterusnya, Kerajaan Negeri akan terus memastikan kesinambungan kejayaan ini dalam Belanjawan #Selangor2022 pula.

#KitaSelangor
#Selangor2022

__

YAB Dato' Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.