Inisiatif

Peristiwa
12/4/26
Isu
Selangor
Negara

Barcelona menjadi titik mula

Barcelona menjadi titik mula kepada satu lagi ikhtiar besar misi kemanusiaan Malaysia demi Palestin menerusi Global Sumud Flotilla 2.0. Sejurus tiba, saya telah melakukan perbincangan koordinasi dan penyelarasan bersama delegasi Malaysia untuk memastikan misi ini bergerak dengan jelas, tersusun dan sistematik.  

Saya percaya perjuangan ini tidak boleh lagi berhenti pada rasa simpati semata-mata. Ia mesti diterjemahkan kepada tindakan dan tanggungjawab bersama. Kita telah menghantar bantuan, membina prasarana, dan berikhtiar dari segenap segi. Kini, kita akan terus mara agar suara dunia lebih kuat menuntut keadilan untuk Gaza.  

Kepada semua delegasi, anda adalah perintis kepada langkah yang lebih besar. Insya-Allah, semoga perjalanan dan perjuangan ini yerus diberkati daj dilindungi Allah SWT.

Doakan kami

Free Palestine 🇵🇸

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.