Inisiatif

COVID-19
29/7/20
Selangor
Isu

Bantuan untuk mangsa banjir di Kajang

Pada 18 Julai 2020, beberapa kawasan di Kajang telah dilanda banjir kilat. Antara kawasan terjejas adalah Kampung Jambu, Kampung Sungai Jernih, Kampung Sungai Chua dan beberapa lokasi di Hulu Langat.

Saya berkesempatan menziarahi kediaman mangsa-mangsa banjir kilat di Kajang dan menghulurkan bantuan sewaktu lawatan mendengar taklimat dan pembentangan penambahbaikan Sungai Langat agar isu sebegini takkan berulang lagi.  Walaupun dilanda bencana, semangat dan ketabahan hati warga Kajang tidak sekalipun luntur, malah tenang dan redha membersihkan kediaman masing-masing.

Kerja-kerja pembersihan dan pendalaman Sungai Langat bakal digerakkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)  untuk kesejahteraan mereka yang terjejas. Saya berharap mereka yang terkesan akibat banjir ini dapat bersabar sementara kerja penbambaikan dijalankan.  Para mangsa banjir juga diingatkan agar membuat laporan polis tentang kerugian yang dialami untuk tujuan penebusan insurans.

#SelangorMajuBersama

__

YAB Dato' Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.