Suara

Video
2/12/20
Bantuan
Selangor

Bantuan Khas Untuk Sektor Pelancongan

Sektor pelancongan adalah antara industri yang paling terjejas akibat pandemik COVID-19. Penutupan pintu sempadan dan juga pelaksanaan PKPB menghalang aktiviti merentas negeri dan telah menyebabkan penggiat industri mengalami kerugian. Oleh itu, Kerajaan Negeri mengambil keputusan untuk melaksanakan beberapa inisiatif untuk kepentingan penggiat industri pelancongan Selangor.

Antaranya, bantuan khas RM1,000 buat penggiat pelancongan, peruntukan khas untuk pemandu pelancong berlesen, 16 pengusaha inap desa dan 51 Hos Komuniti Selangor serta subsidi 10,000 baucar pelancongan bernilai RM2 juta yang boleh dinikmati orang awam mulai pertengahan Disember 2020.

Tidak lupa, insentif RM200 yang boleh ditebus di hotel, taman tema dan inap desa berlesen Selangor menggunakan platform e-dompet Touch n Go dan Lazada.

*klip video dipetik daripada Metro TV

#SelangorGempurCOVID19

#SelangorMajuBersama

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.