Inisiatif

Ekonomi
23/4/21
Isu
Selangor

Bantuan Khas Kewangan Tahun 2021 Sempena Aidilfitri

Sebagai penghargaan terhadap komitmen dan sumbangan para penjawat awam Negeri Selangor, saya mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sempena Hari Raya Aidilfitri 1442H / 2021 oleh sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM 1,000 kepada semua penjawat awam Negeri Selangor termasuk anggota perkhidmatan Kerajaan Negeri yang gajinya dibayar oleh Kerajaan Persekutuan. Anggaran implikasi kewangan BKK ini adalah sebanyak RM22.675 juta dan akan disalurkan pada 19 Mei 2021 (7 Syawal 1442H).

Semoga komitmen dan usaha dapat ditingkatkan demi khidmat cemerlang kepada rakyat dan negeri yang tercinta ini.

Kerajaan Negeri mengiktiraf sumbangan dan peranan penting yang dimainkan oleh pemimpin masyarakat dan komuniti di Selangor. Oleh itu, sukacita diumumkan Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM1,000 kepada pemimpin masyarakat iaitu Pengerusi MPKK, Pegawai Perhubungan Kampung Baru/ Bagan/ Tersusun, Ketua Komuniti India dan Penyelia Wanita Berdaya (PWB) manakala Penggerak Belia Selangor (PeBs) pula bakal menerima BKK sebanyak RM500.

Kerajaan Negeri sentiasa mementingkan kebajikan para petugas masjid yang memikul tanggungjawab penting terutama ketika di bulan Ramadan. Oleh itu, Kerajaan Negeri turut mengumumkan Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM500 kepada Setiausaha MPKK dan petugas masjid (Nazir, Imam, Siak dan Bilal) akan yang akan disumbangkan menerusi CSR Anak Syarikat Kerajaan Negeri.

Tonton video penuh majlis Mahabbah Ramadan di bawah

__

YAB Dato' Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.