Inisiatif

COVID-19
26/3/20
Isu
Selangor

Bantuan dari Majlis Daerah Hulu Selangor

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) memberi sumbangan khas kepada kira-kira 50 keluarga di kawasan pentadbirannya yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac lalu. Bantuan sosial itu termasuk bekalan barangan asas seperti beras, sardin, bihun, telur, gula, garam, kicap dan minyak

Jawatankuasa Bencana Daerah akan mengagihkan terus kepada penerima yang layak khususnya warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan penjaja kecil serta individu bergantung gaji harian tanpa memerlukan proses permohonan.

Penyelarasan senarai penerima bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat, Lembaga Zakat Selangor dan Pejabat Parlimen untuk mengelakkan pertindihan nama penerima melalui JBD agar Program ini mendapat kerjasama Ahli Majlis yang turut menghulurkan sumbangan kepada golongan memerlukan di beberapa masjid antaranya Masjid Serendah, Masjid Bandar Baru Batang Kali, Masjid Saidina Ali dan Bukit Sentosa.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.